NASYEED PILIHAN

Monday 2 April 2012

RENUNGKANLAH BERSAMA,,,,

DEFINISI KACAK YANG SEBENAR DI MATA MUSLIMAH :)

Apakah definasi "kacak" di mata muslimah yang sebenarnya. Adakah cukup dari segi luaran semata dan dibiarkan begitu sahaja. Jadilah sebagai seorang lelaki bukan sekadar suami kepada isterinya, bahkan menjadi imam kepada makmumnya (isterinya dan anak2nya...)

Wahai Lelaki,
cuba fikirkan sejenak.adakah cukup bagi kita sekadar menjadi lelaki yang kacak luaran sahaja. Sedangkan jika terlihat di mata Allah, hanya indah khabar dari kekacakan yang ada pada kita. Mungkin hari ini, kita abaikan segala apa yang kita baca,dengar dan kita lihat. Suatu hari nanti, di padang mahsyar kelak akan kita di persoal jawabkan siapa dan di mana maksudnya kekacakkan kita itu.

Wahai Lelaki,
jadilah kita sebagai pembimbing untuk membimbing. bukan menjadi seorang lelaki yang sebaliknya. Engkau masih lagi menagihkan "SOLEHAH" sedangkan engkau masih mengabaikan lagi kewujudan "SOLEH" dalam kehidupan mu..

Ingat wahai suami,
Sebagaimana kamu harapkan dia sebagai solehah, begitu jugalah mereka (wanita) mengharapkan soleh yang memimpin mereka ke jalan yang di redhai. Untuk kamu menciptakan seorang solehah, haruslah dikau menjadi yang soleh, agar segala usaha ke arah itu mampu menghasilkan solehah yang engkau harapkan selama ini ~

No comments:

Post a Comment